Adakah Data NFP Bakal Menyekat Pengukuhan USD?

755

Sesi dagangan hujung minggu di sesi Asia menyaksikan US dolar didagangkan stabil berbanding matawang utama ketika pasaran menantikan penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang boleh mencetuskan keraguan terhadap kekuatan pemulihan ekonomi dari krisis pandemik.

Dalam tempoh 3 hari kebelakangan ini, dolar greenback terus menguat setelah berjaya menghentikan penurunannya, tetapi penganalisis mengingatkan bahawa sentimen masih lemah disebabkan oleh kebimbangan mengenai kekuatan pertumbuhan ekonomi AS dan spekulasi bahawa Federal Reserve akan mengekalkan kadar faedah untuk jangka masa yang lama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan stabil pada 92.77.

Pada sesi dagangan sebelum ini, pasaran diperlihatkan dengan penerbitan data PMI perkhidmatan tinjauan ISM bagi Ogos yang mencatatkan kemerosotan pada 56.9 daripada bacaan 58.1 pada bulan sebelumnya.

Selain itu, tuntutan pengangguran AS pula dilaporkan mencatatkan penurunan pada 881,000 iaitu jauh lebih baik daripada yang diunjurkan pasaran.

Berdasarkan data-data yang dikeluarkan setakat ini dapat dilihat bahawa sektor pekerjaan mula menunjukkan tanda pemulihan. Namun, rentetan daripada data pekerjaan ADP yang lebih lemah daripada dijangkakan menyebabkan timbulnya keraguan pelabur terhadap laporan NFP pada malam ini.

Pada Ogos, pertambahan pekerjaan di AS diramalkan meningkat melebihi 1 juta walaupun sedikit lebih rendah berbanding bulan Julai, manakala kadar pengangguran pula dijangka susut sedikit di bawah 10%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat