Adakah Data PPI Akan Merangsang Pergerakan USD Lebih Agresif?

773

Pasaran pada sesi Eropah diperlihatkan dengan penyusutan US dolar yang masih berterusan menjelang penerbitan data inflasi AS, indeks harga pengeluar (PPI) pada malam ini.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar membungkam di sekitar harga 94.00, berundur lebih jauh daripada paras tertinggi setahun yang dicapainya pada Jumaat lepas.

Data PPI yang akan dikeluarkan pada sesi New York, dijangka akan menunjukkan peningkatan 0.6% pada bulan Oktober daripada 0.5% yang dicatatkan sebelumnya.

Walaupun Federal Reserve (Fed) telah mengurangkan jangkaan untuk menaikkan kadar faedah, tetapi pelabur tetap menantikan data inflasi yang diramal akan meningkat lebih tinggi.

Matawang euro cuba untuk meraih semula kedudukan di atas harga 1.1600 berbanding US dolar, tetapi gagal selepas menyentuhnya pada awal sesi Eropah.

Data sentimen ekonomi Jerman dan Eropah tinjauan ZEW yang akan dikeluarkan sebentar lagi, akan diteliti oleh pelabur menjelang data PPI AS.

Selain itu, ucapan daripada beberapa penggubal dasar bank pusat utama, termasuk Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde, Bank Pusat Eropah (BOE) Andrew Bailey dan Pengerusi Fed Jerome Powell akan menjadi tumpuan pelabur sekali lagi pada sesi New York.

Sementara itu, pound sterling diniagakan sedikit meningkat pada 1.3580, menyusuli penyusutan US dolar. Namun, matawang itu masih berada di sekitar paras terendah lima minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat