Adakah Desakan Donald Trump Bakal Beri Tekanan Terhadap Federal Reserve?

367

Sentimen pasaran masih kekal dalam keadaan berisiko dengan reaksi pasaran bersandarkan pada kebimbangan terhadap perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang terus berlarutan.

Kebimbangan tersebut telah mendorong penurunan sehingga 50 mata asas bagi kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat New Zealand untuk mesyuarat Ogos. Gabenor bank pusat turut menyatakan kadar faedah berkemungkinan mencapai paras negatif.

Begitu juga yang berlaku pada dagangan dolar Australia yang kekal didagangkan lemah. Sementara matawang safe-haven Yen dan Swiss franc masih mendapat manfaat di atas suasana berisiko pasaran.

Turut mencuri tumpuan adalah nilai emas yang mencecah ke paras tertinggi terbaru untuk tempoh enam tahun melepasi ke paras $1,500 ekoran disokong oleh risiko dalam pasaran semasa.

Dolar Amerika Syarikat pula didagangkan berisiko dengan kenyataan terbaru daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghangatkan lagi pasaran.

Kenyataan Donald Trump yang ditujukan terhadap Federal Reserve dengan menyatakan masalah bukanlah daripada China, tapi daripada Fed sendiri yang enggan mengakui kesilapan mereka bertindak terlalu pantas dalam pengetatan polisi.

Trump mendesak supaya kadar faedah diturun dengan kadar yang lebih besar dan segera, serta menghentikan tindakan pengetatan kuantitatif yang disifatkan beliau sebagai mengarut.

Beliau menekankan lagi bahawa Fed perlu memahami bahawa Amerika Syarikat sedang bersaing dengan negara-negara yang lain, dan perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah kadar perbelanjaan.

Pelabur tertarik menunggu reaksi daripada Federal Reserve di atas desakan oleh Presiden Amerika Syarikat itu dan juga keputusan terhadap perubahan polisi bank pusat yang akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat