Adakah ECB Akan Mengikuti Jejak Langkah The Fed Dalam Perubahan Polisi?

202

Para peneliti pasaran berpendapat bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan menyesuaikan dasar mereka dan bahkan mungkin akan mengikuti jejak langkah the Fed dengan menyemak semula sasaran inflasi dalam jangka masa panjang.

Majlis Governing Council ECB akan menlangsungkan persidangan pada hari Rabu dan Khamis bagi membincangkan pendirian ECB atas dasar monetari dan penilian terkini terhadap ekonomi zon Eropah. Pada pertemuan yang lalu. data ekonomi telah menunjukkan tanda-tanda bahawa pemulihan ekonomi semakin perlahan, matawang euro semakin kukuh dan inflasi teras merosot ke paras terendah pada bulan Ogos.

Walauabgaimanapun kebanyakkan penganalisis berpendapat tidak banyak perubahan dasar akan dilakukan dan ECB akan menunggu sehingga bulan Disember untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Namun ECB berkemungkinan akan melakukan perubahan dalam panduan ekonomi.

Matawang Euro yang kukuh telah menimbulkan sedikit kekhuatiran dalam kalangan para penganalisis. Matawang yang mengukuh dengan ketara sejak bulan Mac telah menyebabkan barangan zon Eropah lebih mahal dan hal ini membawa kepada tekanan untuk sektor import.

Perubahan polisi oleh The Fed yang mensasarkan inflasi purata telah memberi tekanan terhadap pergerakan US dolar. Atas alasan berikut, ECB berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah the Fed.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat