Adakah Ekonomi A.S Akan Mula Berkembang Pada Suku Ketiga? Ini Pandangan Awal Mnuchin!

807

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (A.S) Steven Mnuchin telah mengeluarkan pandangan pada hari Rabu mengenai prospek ekonomi A.S pada masa akan datang. Menurut beliau ekonomi A.S telah mula mencatatkan pemulihan dari wabak Covid-19 dan ekonomi akan berkembang secara mendadak pada suku ketiga dan keempat.

Mnuchin memberi kenyataan tersebut di hadapan Jawatankuasa Perniagaan Kecil Senat A.S bagi meninjau kemajuan perkembangan program pinjaman yang diumumkan oleh kerajaan. Dalam keterangan bertulis tersebut, Mnuchin telah menyatakan bahawa pertambahan bilangan pekerjaan dan data ekonomi lain menunjukkan bahawa A.S berada dalam posisi yang baik untuk membuka semula negara secara bertahap.

Pada awal pagi hari Khamis waktu Malaysia, The Fed akan mendedahkan ramalan ekonomi yang pertama dan keputusan mengenai kadar faedah. Sejak bulan Mac, Bank Pusat telah tidak mengeluarkan ujuran ekonomi ketika wabak Covid-19 melanda negara A.S. The Fed dijangka tidak melakukan apa-apa tindakan drastik mengenai kadar faedah atau polisi.

Pada hari ini, Jabatan Tenaga Kerja A.S melaporkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP/CPI) jatuh sebanyak 0.1% pada bulan Mei setelah jatuh sebanyak 0.8% pada bulan sebelumnya iaitu April. Kejatuhan pada bulan Mei ini merupakan kejatuhan terbesar sejak Disember 2008. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei, bacaan CPI telah naik sebanyak 0.1% setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat