Adakah Ekuiti Benar Melantun Atau ‘Retrace’ Semata-Mata?

66

Buat 2 sesi berturut-turut pasaran ekuiti menyaksikan penutupan positif pada Wall Street dengan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menurun ekoran data yang kurang memberangsangkan.

Data pembukaan pekerjaan AS semalam memperlihatkan kemerosotan penawaran pekerjaan terbesar dalam tempoh hampir 2 tahun setengah pada Ogos.

Mengiringi bacaan lemah tersebut adalah data sektor pembuatan yang turut sama menyusut pada Isnin dan kenaikan kadar faedah lebih rendah di luar jangkaan oleh Bank Pusat Australia (RBA) semalam.

Atas faktor-faktor tersebut pelabur membuat andaian awal bahawa terdapat kemungkinan Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan kenaikan kadar faedahnya.

Ia secara tidak langsung melanjutkan rali Wall Street dengan Dow Jones Industrial Average lonjak 2.8% pada 30,316.32, S&P 500 canak 3.1% pada 3,790.93 dan Nasdaq Composite tambah 3.3% pada 11,176.41.

Tolok MSCI ekuiti dunia yang menjejaki 45 saham negara lain naik 3.3%.

Situasi rantau Asia turut menyaksikan pembukaan positif dengan Nikkei 225 Jepun naik 0.66%, Topix tambah 0.72% sementara Kospi Korea Selatan raih 1.48% serta Kosdaq capai 1.36% dan S&P/ASX 200 Australia naik 1.62%.

Pada sisi berbeza, penanda aras nota Perbendaharaan 10 tahun jatuh ke 3.631% dengan hasil tersebut menyusut hampir 20 mata asas pada Isnin.

Bagi mata wang pula, greenback terus bergerak suram dengan indeks dolar menyusut 1.44% pada 110.14 daripada puncak 114.78 minggu lepas.

Ringkasan mengenai komoditi pula menyaksikan minyak menyusuri trend kenaikan dengan berita prospek pemotongan pengeluaran dari negara eskport menjadi pemangkin.

Harga minyak mentah Brent naik 3.11% pada $91.62 sementara minyak mentah AS tambah 3.16% pada $86.27 dan spot emas lonjak 1.5% ada $1,724.61.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat