Adakah Emas Akan Bangkit Semula Atas $2,000?

726

Emas tergelincir lebih rendah ke bawah paras harga $2,000 di tengah-tengah dagangan US dolar yang lebih kuat.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan berlegar pada sekitar harga $1,995 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit lebih tinggi pada $2,008 per auns.

US dolar terus melanjutkan pemulihan untuk bangkit lebih jauh dari paras terendah satu tahunnya berbanding pesaing utama.

Ini turut disusuli oleh peningkatan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang naik ke sekitar paras 3.60%.

Indeks Empire State Manufacturing melonjak dengan ketara kepada 10.8 pada bulan Mac, berbanding penguncupan 24.6 bulan sebelumnya.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat masih berkembang melebihi apa yang dijangkakan oleh Fed.

Pasaran kini melihat kebarangkalian untuk Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.00%-5.25% pada mesyuarat Mei.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat