Adakah EUR/JPY Akan Kembali Meneruskan Momentum Penurunan Harga Minggu Lalu?

563

Dagangan Euro masih berisiko setelah tumpuan pasaran kekal terarah kepada isyarat dovish oleh European Central Bank (ECB) terhadap langkah perubahan kadar faedah. Sentimen semasa melihatkan kesukaran buat bank pusat Eropah tersebut untuk meneruskan tindakan kenaikan kadar.

Dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada zon Eropah, bank pusat telah mengumumkan bakal melancarkan kempen pinjaman jangka masa panjang pada September tahun ini untuk menggalakkan pengguna untuk meminjam dari bank dan seterusnya kembali merancakkan semula aktiviti pertumbuhan ekonomi.

Perkembangan di Jerman, hasil pulangan bon 10-tahun Jerman merekodkan penurunan ke paras terendah sejak Oktober 2016 sementara data pesanan kilang turut mengalami kemerosotan.

Sesi pasaran Eropah hari ini turut dimulakan dengan data pengeluaran perindustrian di Jerman yang mengecewakan serta data imbangan dagangan yang mencatatkan angka yang merosot.

Sementara itu pula, Yen sebagai matawang berstatus safe-haven masih berpeluang untuk mencatatkan pengukuhan pada dagangan minggu ini jika sentimen pasaran semasa kekal berisiko.

Pasaran saham Asia goyah selepas kadar pertambahan pekerjaan yang rendah dalam laporan pekerjaan di Amerika Syarikat pada Jumaat sedikit menimbulkan keraguan terhadap pertumbuhan ekonomi global.

Pasaran juga masih berwaspada menunggu perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga telah mencatatkan penurunan terbesar pada dagangan minggu lalu sehingga ke paras terendah sekitar support 124.300 diuji pada Jumaat.

Bersambung pada dagangan permulaan minggu ini, harga menunjukkan kenaikan sejak sesi dagangan Asia sehingga pembukaan sesi dagangan Eropah dengan harga telah bergerak tinggi dari paras Magic Pivot 124.696 hari ini menuju ke paras resistance 125.129 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line.

Kenaikan harga seterusnya bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 125.400 sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Namun jika harga kembali menyambung semula momentum penurunan harga pada minggu lalu, berkemungkinan harga bakal breakout paras support 124.300 berhampiran paras MagicS1 seterusnya berpotensi mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 123.619 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras tumpuan yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda  mengawal risiko untuk posisi dagangan harian anda.

Paras support: 123.374, 123.941, 123.619.

Paras resistance: 125.129, 125.451, 125.884.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat