Adakah EUR/USD Akan Kekalkan Momentum Lonjakan 80 Pips Semalam?

600

Pasaran menyaksikan pergerakan volatile harga pada dagangan pasangan matawang EUR/USD semalam. Seperti yang dijangkakan pada analisis semalam, harga telah mencecah penurunan ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line dengan merekodkan paras terendah sejak Mei 2017.

Penurunan harga adalah didorong oleh bacaan data ekonomi pada zon Eropah yang dikeluarkan semalam khususnya melibatkan data PMI perkhidmatan dan perkilangan di Perancis dan Jerman yang bercampur-campur.

Namun matawang anti-USD tersebut kembali melonjakkan harga pada EUR/USD berikutan faktor kelemahan pada nilai dagangan USD dalam pasaran semasa selain faktor aktiviti pengambilan keuntungan pada posisi yang terdahulu.

Selain itu juga, dagangan Euro dijangka akan terus berisiko ekoran pilihanraya parlimen Eropah yang telah bermula semalam dengan keputusan pilihanraya dijangka diumumkan pada hujung minggu ini.

Pergerakan harga pada EUR/USD melihatkan lonjakan sekitar 80 pips dari paras terendah pada 1.11060 sehingga ke paras 1.11870 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Pergerakan harga mula mendatar pada zon SBR tersebut dan dagangan yang bersambung hari ini dilihat meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju ke paras resistance 1.1210 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan kembali menguji zon resistance pada sekitar 1.12700 dengan mencatatkan kenaikan hampir 90 pips dari paras SBR 1.11800.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga dijangka akan kembali menguji paras support pada 1.1129 (MagicS1) sebelum meneruskan penurunan untuk terus mencatatkan paras terendah yang baru pada tahun ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1129, 1.1077, 1.1048.

Paras resistance: 1.1210, 1.1239, 1.1292.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat