Adakah EUR/USD Akan Meneruskan Kenaikan Pada Dagangan Semalam?

829

Sentimen pasaran pada awal minggu dilihat semakin pulih disokong oleh laporan pembukaan semula ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara lain.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam ucapannya terbaru memberikan keyakinan terhadap pelabur dengan menyatakan kesemua negeri di Amerika Syarikat (A.S) berada dalam keadaan yang baik dan telah menjalankan lebih 5.5 juta ujian saringan virus.

Indeks saham utama seperti S&P 500 juga menunjukkan kenaikan di samping peningkatan pada hasil perbendaharaan A.S yang memberi isyarat sentimen risk-on pasaran.

Justeru, dapat dilihat matawang US dolar bergerak lemah dalam pasaran pada dagangan awal minggu memberi reaksi terhadap pasaran yang menunjukkan pemulihan.

Matawang Euro pula dijangka akan bergerak perlahan sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah pada Khamis selain data-data ekonomi di zon Eropah.

Euro berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar yang melemah semalam dan dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD membuat kenaikan sehingga sesi Eropah.

Namun, kenaikan harian sekitar 50 pips yang dicatatkan semalam gagal diteruskan dengan penurunan harga kembali dipamerkan pada sesi New York.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan masih bergerak di sekitar zon SBR (support become resistance).

Pergerakan harga pada sesi Asia hari ini kembali mendatar di sekitar 1.0830 sementara pelabur menantikan petunjuk lebih jelas arah pergerakan harga.

Jika kenaikan diteruskan, harga masih dijangkakan menuju zon SBR di atas paras 1.0920 sebelum menguji paras tertinggi bulanan di paras 1.0990.

Namun jika harga turun lebih rendah di bawah sokongan dinamik MA50, harga dilihat akan menuju semula ke zon support dan paras terendah harga yang dicecah minggu lalu sekitar 1.0725.

Tumpuan turut terarah pada data tinjauan keyakinan penggunan Amerika Syarikat yang akan diterbitkan malam ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat