Adakah EUR/USD Bakal Mengekalkan Momentum 90 Pips Penurunan Jumaat Lalu?

579

Tumpuan utama pasaran pada minggu ini tentunya akan terarah pada mesyuarat FOMC di mana bakal memberi impak signifikan terhadap pergerakan pasaran khususnya melibatkan matawang dolar Amerika Syarikat.

Pasaran menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal menurunkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini dengan dikuatkan lagi oleh laporan data pekerjaan NFP yang merosot.

Penganalisis pasaran menjangkakan dua kali lagi penurunan kadar pada tahun ini bermula penurunan pada mesyuarat Julai nanti.

USD diniagakan lemah pada minggu lalu sebelum data jualan runcit Amerika Syarikat yang positif pada Jumaat kembali memberikan nafas lega buat matawang Amerika tersebut dan berjaya kembali melonjakkan dagangan berbanding matawang utama yang lain.

Berbanding Euro, dolar USD berjaya mencatatkan kenaikan pada lewat dagangan minggu lalu dengan menekan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD sehingga mencatatkan penurunan hampir 90 pips melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line hari Jumaat.

Harga juga dilihat membuat penurunan melepasi paras tumpuan pada 1.12200 yang berada pada zon SBR (support become resistance) terbaru pada EUR/USD.

Dagangan yang bersambung pada permulaan minggu ini dilihat menguji paras 1.12200 tersebut dengan harga menunjukkan penurunan yang perlahan.

Jika harga meneruskan penurunan, paras awal yang dituju adalah pada support terdekat iaitu di paras 1.1175 (MagicS1) sebelum turun lebih rendah menguji zon support sekitar 1.11200.

Jika harga berjaya breakout zon support tersebut, harga bakal mencatatkan penurunan ke paras terendah yang baru berkemungkinan ke paras 1.1087 (MagicS3) dengan catatan sekitar 150 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot 1.1232 hari ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras 1.1263 (MagicR2) sebelum menguji paras tumpuan pada 1.13000 yang berada pada zon SBR sebelum ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1175, 1.1144, 1.1087.

Paras resistance: 1.1263, 1.1321, 1.1352.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat