Adakah EUR/USD Bakal Menjunam Selepas Keputusan Mesyuarat Dasar ECB?

606

Matawang US dolar catat sedikit pengukuhan pada sesi New York semalam selepas data inflasi Amerika Syarikat untuk bulan Februari diterbitkan baik dengan angka bacaan 0.1% mengatasi jangkaan penurunan 0.0%.

Namun, inflasi tahunan menurun kepada 2.3% daripada 2.5% pada Januari iaitu tertinggi sejak Oktober 2018.

US dolar berjaya mengukuh berbanding dolar Euro semalam dengan penurunan dipamerkan pada carta harga pasangan EUR/USD.

Harga masih mengekalkan corak penurunan harga sejak awal minggu dengan tumpuan pada hari ini terarah pula pada keputusan mesyuarat dasar polisi bank pusat Eropah.

Risiko Coronavirus COVID-19 semakin meningkat apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus tersebut sebagai pandemik.

US dolar kembali melemah selepas Trump dalam ucapannya telah mengumumkan sekatan perjalanan ke Amerika Syarikat dari Eropah kecuali UK.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan kenaikan harga pada carta EUR/USD dari paras terendah harian yang dicatatkan semalam sekitar 1.12500 dan menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi, harga dilihat akan kembali menguji paras ketinggian yang dicapai awal minggu di bawah resistance 1.15000.

Namun pasaran kini sedang menjangkakan pelonggaran polisi lebih lanjut oleh European Central Bank (ECB) yang bakal mendorong pergerakan lemah buat dolar Euro.

Harga berkemungkinan akan menyambung penurunan melepasi paras terendah harian semalam dan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.12000.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras support sekitar 1.11000 yang diuji pada awal Mac.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat