Adakah Euro Akan Terkesan Dengan Minit Mesyuarat ECB?

481

Dolar greenback memaparkan sedikit peningkatan permulaan sesi dagangan Eropah ketika sentimen pasaran masih disokong oleh harapan terhadap perkembangan positif vaksin Covid-19.

Federal Reserve (Fed) memberi indikasi dalam mesyuaratnya baru-baru ini yang telah membincangkan mengenai bagaimana program pelonggaran kuantitatif dapat dikembangkan untuk menyokong pemulihan, termasuk meningkatkan kadar pembelian atau memperpanjangkan tempoh bon.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan pada 91.96.
Pasaran kini menumpukan perhatian kepada penerbitan laporan minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangka akan melonggarkan dasar monetarinya pada mesyuarat polisi bulan depan.

Ini mungkin akan mempengaruhi pergerakan matawang euro setelah para pelabur melihat penjelasan lebih lanjut bank pusat dalam minit mesyuarat yang akan diterbitkan malam ini.

Memasuki sesi Eropah, euro kekal didagangkan menguat di atas paras harga 1.19000 walaupun mencatatkan sedikit penyusutan susulan kenaikan US dolar ketika pasaran Eropah dibuka.

Dalam pada itu, Riccardo Fraccaro, pembantu terdekat kepada Perdana Menteri Itali, telah mencadangkan idea kepada ECB untuk membatalkan hutang kerajaan yang dibelinya semasa krisis coronavirus untuk membantu pemulihan di negara-negara yang terkesan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat