Adakah GBP/USD Akan Menyambung Semula Penurunan Hari Ini?

276

Dagangan Pound Sterling kembali menunjukkan kenaikan sejak sesi pasaran New York semalam setelah penyusutan pada sesi sebelumnya.

Susulan perdebatan antara Perdana Menteri UK Boris Johnson dan pemimpin parti Buruh pembangkang, Jeremy Corbyn, matawang British tersebut menyusut dengan keputusan tinjauan pilihan raya yang bercampur-campur.

Namun, kenyataan PM Johnson yang menyatakan bahawa beliau akan menjanjikan potongan cukai untuk golongan pekerja di Britain telah menyuntik kembali keyakinan terhadap parti kerajaan.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga menyambung penurunan sejak Selasa bermula sesi Asia semalam bersambung ke sesi Eropah.

Penurunan harga telah menguji paras 1.28900 yang merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum harga kembali menunjukkan kenaikan semula.

Kenaikan harga turut didorong oleh dagangan dolar USD yang berisiko dalam ketidaktentuan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan berlegar di sekitar garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) menuju pembukaan sesi pasaran Eropah.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, zon resistance pada ketinggian sekitar 1.29700 akan menjadi destinasi tumpuan harga.

Harga akan cuba menembusi zon tersebut sebelum menuju pula pada paras penting 1.30000. Paras tersebut dicapai pada Oktober lalu mencatatkan paras ketinggian terbaru pada carta GBP/USD sejak dagangan Mei.

Namun jika harga kembali meneruskan penurunan semula, harga berkemungkinan turun lebih rendah melepasi paras terendah harian semalam pada paras RBS 1.28900.

Penurunan seterusnya bakal menuju sekitar paras RBS lebih rendah pada 1.28200 sebelum turun ke paras support utama pada 1.27700.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat