Adakah GOLD Sedia Nak Menjunam, Atau…

1,153

Pergerakan harga emas mendatar selepas penurunan ketara pada Selasa lalu ekoran pasaran memberi reaksi terhadap keputusan Presiden Donald Trump berkenaan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Perubahan nilai dagangan US dolar kini mempengaruhi nilai dagangan emas. Sekiranya perbincangan pelaksanaan pakej rangsangan menghasilkan keputusan negatif, US dolar sebagai safe-haven akan mengalami pengukuhan.

Pengukuhan US dolar akan memberi tekanan terhadap dagangan emas dengan jangkaan penurunan harga akan berlaku pada carta harga XAU/USD.

Pada penurunan yang dipamerkan awal pagi Rabu ketika keputusan mengejut Trump untuk hentikan perbincangan telah menyaksikan harga turun ke paras 1875.00.

Kemudian harga kembali bergerak meningkat namun kekal berada di bawah paras 1900.00

Pergerakan harga yang bersambung hari ini dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang akan memberi isyarat awal perubahan trend harga.

Jika kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut, paras 1900.00 akan menjadi resistance penting sama ada harga akan kembali turun semula atau melepasinya.

Kenaikan lebih tingggi berkemungkinan akan melonjak lebih tinggi menuju paras tumpuan sekitar 1938.00 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan, paras sokongan 1875.00 akan dituju semula untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon support 1850.00 yang diuji pada dagangan September lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat