Adakah Huawei Akan Melancarkan OS HongMeng Pada Tahun Ini Seperti Yang Dirancang?

697

Sejak Syarikat gergasi teknologi China, Huawei dihadapkan dengan tekanan dari pentadbiran Amerika Syarikat dan berpotensi akan diharamkan daripada menggunakan teknologi Android, Huawei telah bercadang untuk menggunakan OS yang dibangunkan sendiri dalam peranti mereka. Sejak peristiwa tersebut, Huawei telah membuatkan pasaran tertanya-tanya tentang bilakah OS milik Huawei akan dilancarkan?

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Huawei telah menghantar 1 Juta peranti yang menggunakan OS Huawei iaitu Hongmeng OS. Beberapa pengeluar peranti seperti OPPO dan VIVO juga telah menghantar pasukan mereka untuk menguji sistem operasi baru ini. Bukan sekadar itu, Huawei juga telah mula mendaftar tanda dagang untuk sistem operasi “HongMeng” disejumlah negara berdasarkan laporan Laporan World Intellectual Property Organization (WIPO) Global Brand Database. Beberapa sumber di China juga mengatakan bahawa peranti dengan HongMeng OS bakal tiba di pasaran pada Oktober ini.

Namun berita terkini yang dikeluarkan setelah ketegangan antara AS dan China semakin reda bercanggah dengan laporan berita sebelum ini. Menurut pengerusi Huawei iaitu Liang Hua, pihak mereka masih belum membuat keputusan untuk membangunkan Hongmeng OS sebagai sistem operasi untuk peranti akan datang. Beliau juga mengaku bahawa HongMeng bukanlah pengganti yang sesuai untuk Android.

Dalam laporan yang dikutip vulcanpost, magazine Le Poin, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Ren Zhengfei mengatakan bahawa mereka tidak membina OS untuk menggantikan Google. Jika Google mengharamkan OS mereka untuk Huawei, maka mereka perlu memulakan pembinaan ekosistem.

Kini Huawei telah mula mendapat akses kepada Android. Adakah Huawei akan melancarkan HongMeng OS atau tidak masih menjadi tanda tanya kerana belum ada maklumat yang jelas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat