Adakah Hubungan Perdagangan AS-China Akan Semakin Tegang? Ini Pandang Pakar!

337

Ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan China dijangka akan bertambah buruk menjelang pilihan raya presiden Amerika pada November ini berdasarkan pendapat para pakar pada hari Khamis.

Dua ekonomi terbesar dunia ini telah terlibat dalam pertikaian perang perdangan sudah hampir dua tahun dan kini ia semakin bertambah buruk selepas isu-isu mengenai wabak Covid-19 timbul. Presiden A.S Donald telah menyalahkan Beijing kerana tidak tulus dalam melaporkan mengenai maklumat Covid-19 di China. Sebagai tindak balas, Beijing turut bahawa AS berkemungkinan punca sebenar pandemik tersebut.

Menurut penganalisis, Stephen Roach, penyarah kanan Universti Yale, bahawa matlamat Trump adalah untuk memenangkan pilihan raya untuk penggal kedua. Tambah Roach, apa yang dilihat motif pentadbiran Trump bukanlah untuk meningkatkan keselamatan ekonomi untuk rakyat Amerika namun konflik perdagangan ini lebih bermotifkan politik.

Roach berpendapat bahawa terdapat kemungkinan bahawa pengenalan tarif baru ke atas impot China atau apa-apa bentuk ketegangan mungkin berlaku. Sejak akhir-akhir ini Trump telah melancarkan retorik ke atas China mengenai wabak Covid-19 yang telah merosakkan ekonomi A.S.

Setiausaha Negara Mike Pompeo pada hari Rabu mengatakan bahawa $ 2 billion yang dijanjikan Beijing untuk memerangi wabak tersebut adalah “terlalu sedikit” dibandingkan dengan ratusan ribu nyawa yang telah hilang. Pompeo juga menolak kenyataan Presiden China Xi yang menyatakan bahawa mereka bersikap telus dalam menyalurkan informasi mengenai wabak Covid-19 di China.

Menurut Pensyarah di Cornell University, Eswar Prasad menyatakan bahawa akan ada lebih banyak tindakan baik secara simbolik dan substansif menjelang pilihan raya. Antaranya baru-baru ini, AS telah menghadkan penjualan chip kepada Huawei. Dalam masa yang sama China juga telah memberi tindak balas terhadap tindakan yang telah dikenakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat