Adakah Ini Akan Jadi Isyarat Jelas Untuk GBP/USD Terus Susut?

491

Meneliti kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga tampaknya masih kekal dikekang oleh trendline resistance dengan terus membuat penurunan yang lebih rendah.

Pasangan matawang itu mengalami kejatuhan lebih 150 pips bermula pada awal sesi Eropah (Rabu) sehingga ke penghujung sesi untuk catat paras terendah terbaharu 2021 dan sejak Disember 2020.

Pergerakan harga dilihat telah membuat LL (lower low) terbaharu bagi mengekalkan trend bearish sebelum bergerak perlahan pada sesi Asia hari ini (Khamis) menuju ke pembukaan sesi Eropah kelak.

Setelah sering terpalit dengan ketidaktentuan pasaran pada sebelum ini, matawang USD dilihat kembali garang untuk mencatat pengukuhan susulan terbitan optimis pada kadar inflasi Amerika Syarikat (AS).

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang pamer lonjakan semula serta sentimen pasaran berisiko akibat daripada isu Evergrande turut menjadi faktor yang menyokong kepada pengukuhan USD.

Manakala, oleh kerana masih lagi terikat kepada kenyataan dovish oleh Bank of England (BOE) dan tekanan mengenai pasca Brexit telah mengakibatkan matawang Pound kembali bergerak lemah.

Jikalau pergerakan harga diheret bagi meneruskan rekod penurunan, zon sokongan 1.34000 berkemungkinan akan dirobek, yang ketika ini sedang diuji untuk harga menjunam ke paras yang lebih parah.

Terjunan yang ketara akan memperlihatkan harga mencecah ke zon sokongan berikutnya pada 1.33000 bagi mengukuhkan trend bearish dan seterusnya akan sekali lagi catat paras terendah terbaharu.

Namun sebaliknya jika pergerakan harga pada carta GBP/USD berdaya mendapat sokongan untuk kembali meroket, zon SBR (support become resistance) 1.36000 dijangka akan diuji semula.

Lonjakan yang lebih garang akan melihat harga menembusi trendline resistance berkenaan untuk terbang menuju ke zon SBR 1.37000 dan sama sekali akan memberi isyarat awal perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat