Adakah Ini Bermaksud USD Akan Terus Lemah?

869

Kelemahan dolar greenback berterusan sehingga ke sesi dagangan awal minggu ini walaupun hasil Perbendaharaan AS meneruskan kemajuan mereka dan mengakhiri minggu lalu pada tahap tertinggi dalam tempoh satu tahun.

Sentimen pasaran terhadap prospek ekonomi yang semakin baik, telah mendorong peningkatan matawang berkaitan komoditi yang memperlihatkan dolar Aussie dan kiwi melonjak ke paras tertinggi tiga tahun berbanding US dolar.

Mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada hari Rabu, akan menjadi fokus utama buat pasaran yang menjangkakan bank pusat tidak akan melakukan perubahan dalam dasar monetari semasa setelah disokong oleh data-data ekonomi yang lebih kuat sebelum ini.

Dolar Kanada turut mengukuh di tahap tertinggi tiga tahun menyusuli penyusutan US dolar, selain turut disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia yang meningkat ke tahap tertinggi lebih satu tahun.

Sementara itu, matawang pound terus mendaki lebih tinggi ke paras ketinggian terbaru hampir tiga tahun selepas disokong oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang memberangsangkan pada bulan Februari.

Walaupun dengan peningkatan kes coronavirus dan sekatan yang meluas di Amerika Syarikat dan Eropah, aktiviti pembuatan dilihat terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan. Ini telah meningkatkan lagi harapan pasaran untuk melihat pemulihan ekonomi lebih kuat, disokong oleh usaha vaksinasi yang meluas di seluruh dunia.

Pertumbuhan dalam sektor pembuatan di Zon Eropah pula turut menyokong dagangan euro untuk meningkat tinggi. Namun begitu, kelemahan dalam aktiviti perniagaan disebabkan langkah penutupan coronavirus, membataskan peningkatan matawang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat