Adakah Ini Isyarat Permulaan Trend Bullish Untuk EUR/USD?

800

Pergerakan harga perlahan ekoran pelabur berwaspada menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) dengan undian akan bermula pada hari ini.

Momentum pengukuhan US dolar mula mendatar selepas pengukuhan dipamerkan sejak minggu lalu berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang Euro pula bergerak lemah walaupun data-data ekonomi Eropah diterbitkan semalam mencatatkan bacaan yang baik bagi sektor pembuatan di Itali, Perancis dan Jerman.

Sementara, data PMI pembuatan AS tinjauan ISM yang diterbitkan di sesi New York mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding jangkaan dengan bacaan tertinggi sejak penghujung 2018.

Pada pergerakan harga bagi carta pasangan EUR/USD, harga telah membuat penurunan sepanjang minggu lalu dan mendatar pada sesi dagangan awal minggu ini.

Pada dagangan Isnin semalam, harga berlegar di atas paras support 1.16200 sebelum memperlihatkan kenaikan di penghujung sesi New York yang bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Harga dilihat perlahan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan menjadi penanda aras bagi perubahan trend bullish.

Jika harga berjaya bergerak lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) 1.16900 akan menjadi sasaran harga sebelum ke paras 1.17200.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support 1.16100 akan diuji untuk harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Destinasi penurunan seterusnya dilihat ke paras tumpuan 1.15000 yang menjadi paras rintangan harga pada Mac lalu sebelum berjaya ditembusi pada dagangan Julai.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat