Adakah Ini Masanya Untuk Terra Classic (LUNC) Hidup Semula?

265

Pergerakan harga Terra Classic (LUNC) termasuk TerraClassicUSD (USTC) berjaya memberi kejutan kepada komuniti Terraform Labs (TFL) kerana mendaki lebih 6% dan menjadikan kenaikan sebanyak 24% dalam tempoh 24 jam lalu selepas lama berdiam diri disebabkan krisis kejatuhan yang dihadapinya.

Reaksi berikut dilaporkan berlaku setelah TFL mengalihkan “Terra Station” kepada wallet “Station” yang baru untuk mencapai objektif utamanya, iaitu mengembangkan lagi decentralised dengan hasil perjanjian bersama rantaian Terra Feather/ Alliance.

TFL turut meminta pertolongan daripada kumpulan pembangun Terra Rebels untuk melaksanakan beberapa perubahan baharu berkaitan Layer 1 rangkaian LUNC supaya Station tersebut selaras dengan sistemnya yang menyokong Cosmos.

Namun, komuniti Terra Rebels enggan menghulurkan bantuan kerana mereka bukan sahaja berhasrat untuk berpisah daripada TFL dan Do Kwon, malah menggalakkan komuniti LUNC berpindah ke Rebel Station.

Ditegaskan Terra Rebels, mereka akan lebih menumpukan perhatian terhadap Rebel Station dalam menjadikan para pembangun TerraCVita antara kumpulan yang membangunkan Terra Station mulai hari ini.

Umumnya, Terra Station dan Rebel Station masih berfungsi seperti biasa selepas terdapatnya gangguan rangkaian disebabkan naik taraf 1.0.4 gagal mengemas kini LCD semasa membuka semula saluran Inter-Blockchain Communication (IBC).

Setakat penulisan ini, harga LUNC lonjak melebihi 6% pada zon 0.00017 dalam tempoh 24 jam lalu sementara USTC mampu raih 20% pada $0.0001737 sungguhpun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried dimaklumkan mempunyai kaitan dalam krisis Terra-LUNA.

Dalam pada itu, harga Terra (LUNA) maju 5% dalam tempoh 24 jam terakhir dengan harga semasa didagangkan pada paras $1.64.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat