Adakah Ini Membawa Isyarat Awal Untuk EUR/USD Terus Menjunam?

329

Matawang Euro kelihatan menerima impak ekonomi perlahan ekoran kebanyakan kawasan di Eropah terus melaporkan rekod penularan kes Covid-19 yang sekali gus membantutkan pergerakan nilai Euro.

Secara tidak langsung matawang USD tampaknya mengambil kesempatan untuk mengukuh berikutan kecairan matawang yang rendah angkara kebanyakan pelabur tidak mahu mengambil risiko di penutup 2021.

Walaupun demikian, pengukuhan USD ini turut boleh diambil kira terhadap spekulasi Federal Reserve (Fed) ingin mengetatkan dasar polisi lebih awal berdasarkan kenyataan hawkish ketika mesyuarat lalu.

Nampaknya harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah pun memulakan rentak penurunan melebihi 40 pips yang sekali gus terus menembusi zon utama 1.13000 dan termasuk trendline support.

Rentak penurunan tersebut turut membuat retracement di penghujung sesi (Selasa) yang sama sekali telah memberi isyarat lebih awal yang menjuruskan kepada permulaan aksi perubahan trend bearish.

Isyarat berkenaan diperkukuhkan setelah pergerakan harga menutup sesi dagangan semalam dengan membuat corak bearish engulfing dan bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Konklusinya pelabur berkemungkinan akan meletakkan kecenderungan bahawa harga mungkin bakal terus menyusut dalam menjejaki ke paras sokongan yang sering menyokong lonjakan sekitar 1.12650.

Penurunan yang lebih rendah mengatasi paras sokongan itu secara tidak langsung berkebarangkalian akan mendorong pergerakan harga menguji paras 1.12350 dan bakal dinilai untuk sasaran seterusnya.

Manakala sebaliknya jika harga kembali menyangkal penurunan tersebut, maka paras ketinggian pada 1.13500 mungkin akan menjadi paras yang dicapai terlebih dahulu sekiranya harga meningkat semula.

Peningkatan menuju ke petunjuk trend bullish bakal dipamerkan andai kata pergerakan harga berjaya mencapai ke zon rintangan 1.14000 yang mana ia pernah menjadi zon tumpuan ketika 2019 dan 2020.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat