Adakah Ini Pengakhiran USD Pada Minggu Ini?

475

US dolar kekal didagangkan lemah menjelang dagangan penghujung minggu, meletakkannya di landasan untuk mencatat penurunan mingguan terbesarnya dalam tempoh lapan bulan.

Beberapa siri data yang telah diterbitkan minggu ini menunjukkan inflasi Amerika Syarikat terus meningkat tinggi, menguatkan keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedahnya tahun ini.

Terbaharu, indeks harga pengeluar (PPI) dilaporkan meningkat 0.2% pada bulan Disember, sedikit tersasar dari jangkaan untuk kenaikan 0.4%. Bacaan ini juga menurun dari catatan sebelumnya sebanyak 0.8%.

Walaupun sedikit menurun, tetapi angka ini masih dilihat tinggi sejajar dengan lonjakan inflasi ke tahap tertinggi 40 tahun.

Sementara jumlah tuntutan pengangguran AS pula meleset dari jangkaan dengan mencatat peningkatan lebih tinggi sebanyak 230,000 pada minggu lalu. Namun, angka ini masih di bawah tahap pra-pandemik yang menandakan pasaran buruh terus menunjukkan pengukuhan seiring dengan pengembangan ekonomi semasa.

Meskipun begitu, mata wang gergasi US dolar tetap didagangkan suram memandangkan pelabur telah membuat pembelian (buy the rumour, sell the news) sebelum Fed mengesahkan untuk mengetatkan dasar mereka.

Dalam pada itu, mata wang pound tampaknya tersekat untuk meneruskan kenaikan paras harga lebih tinggi, menyaksikannya didagangkan kukuh pada sekitar harga 1.3700 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat