Adakah Ini Pengakhirannya Buat Dagangan Emas?

1,400

Logam kuning emas memaparkan sedikit penyusutan ketika sesi Asia selepas mencatatkan keuntungan pada sesi sebelumnya susulan pengumuman sekatan Amerika Syarikat ke atas Rusia.

Terbaharu, Washington telah meningkatkan lagi langkah sekatan terhadap Moscow dengan mengenakan sekatan ke atas Sberbank Rusia dan Alfa Bank serta menyekat pelaburan di negara itu oleh syarikat AS.

Impak daripada sekatan yang dikenakan ke atas Rusia sejak serangannya terhadap Ukraine sejak akhir Februari lalu telah memberi sokongan berterusan buat dagangan safe-haven emas.

Bagaimanapun, tindak balas terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang merangkumi jangkaan kenaikan kadar faedah dan pengurangan kunci kira-kira (balance sheet) melemahkan sentimen pasaran terhadap emas.

Emas pada awalnya meraih keuntungan pada sesi New York, dengan meningkat lebih tinggi ke paras harga $1,937 per auns. Namun, kembali susut ke sekitar harga $1,930 per auns pada sesi Asia hari ini.

Secara keseluruhannya, logam berharga itu mempamerkan pergerakan mendatar pada minggu ini kerana dibataskan oleh pengukuhan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang meningkat ke paras tertinggi terbaharu 3 tahun pada 2.65%.

Pelabur akan terus meneliti untuk pergerakan emas yang lebih jelas menuju ke penghujung minggu di tengah ketiadaan pemangkin daripada data-data ekonomi utama pada hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat