Adakah Ini Petanda Awal Bahawa EUR/USD Akan Terjun Lagi?

418

Sekali lagi pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD tampaknya terus menghasilkan ‘rebounce’ pada zon sokongan terbaharu tahun ini sekitar 1.13000 untuk mempamer semula lonjakan.

Yakni lonjakan itu serba sedikit juga telah kembali menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum bergerak perlahan serta mendatar ketika penghujung sesi dagangan.

Pergerakan harga turut memperlihatkan seakan sedang membentuk corak bearish setelah harga kekal didagangkan di bawah paras MA50 yang barangkali boleh mendorong paras terendah baharu tercipta.

Tumpuan sepenuhnya akan lebih terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada minggu ini bagi menentukan sama ada matawang USD mampu untuk mengukuh atau sebaliknya.

Hal ini menjadi acara penting susulan Federal Reserve (Fed) yang sebelum ini mengemukakan prospek untuk meningkatkan kadar faedah serta menamatkan pembelian bon lebih cepat daripada jangkaan.

Tambahan pula krisis di antara Rusia-Ukraine dijangka akan mampu untuk mengundang kebimbangan pasaran yang mana hal berkenaan bakal menyokong pengukuhan USD sebagai matawang safe-haven.

Konklusinya pelabur berkemungkinan akan meletakkan kecenderungan bahawa harga mungkin bakal terus menyusut untuk menjejaki zon sokongan yang sering menyokong lonjakan harga pada 1.13000.

Penurunan yang lebih rendah mengatasi zon sokongan itu secara tidak langsung kebarangkalian bakal mendorong harga menguji zon sokongan 1.12000 dan akan membuat paras terendah dalam 5 minggu.

Manakala sebaliknya jika harga kembali menyangkal penurunan tersebut, maka paras ketinggian pada 1.13500 mungkin akan menjadi paras yang dicapai terlebih dahuli sekiranya harga meningkat semula.

Peningkatan menuju ke petunjuk trend bullish bakal dipamerkan andai kata pergerakan harga berjaya mencapai ke zon rintangan 1.14000 sebelum menuju ke paras ketinggian tahun 2022 ini pada 1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat