Adakah Ini Petanda USD Akan Menguat Semula?

365

Usaha dolar greenback untuk mengukuh gagal dipertahankan apabila raja mata wang itu kembali merosot pada sesi Asia.

Pada sesi dagangan sebelum ini, dapat dilihat bahawa US dolar mencatat sedikit pengukuhan dengan kembali meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ini disokong oleh pembacaan data ADP sektor swasta Amerika Syarikat yang menunjukkan pertambahan pekerjaan sebanyak 208,000 pada September daripada 185,000 yang dicatatkan pada Ogos.

Menyusuli laporan tersebut, adalah data perkhidmatan ISM yang lebih baik daripada jangkaan walaupun angka yang dicatatkan hampir tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

US dolar bagaimanapun kembali menyusut menuju penghujung sesi New York dan bersambung pada dagangan pagi ini.

Antara mata wang yang terkesan dengan pengukuhan dolar Amerika terdahulu adalah euro yang membuatkannya gagal menembusi paras pariti 1.0000 sebelum sedikit meningkat pada sesi Asia.

Kebimbangan terhadap krisis tenaga terus meningkat selepas Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pakej rangsangan kelapannya ke atas Rusia, termasuk mengenakan had pada harga minyak Moscow.

Bagaimanapun, Menteri Tenaga Alexander Novak bertindak balas dengan mengatakan kesediaan negara itu untuk mengurangkan pengeluarannya.

Sementara itu, mata wang pound didagangkan sedikit berubah selepas menyusut pada sesi sebelumnya ketika UK juga sedang mempertimbangkan rancangan untuk menyekat perkhidmatan Rusia dan menghadkan eksport ke negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat