Adakah Ini Petunjuk Baik Untuk NFP?

283
  • Bacaan ADP AS  meningkat melebihi jangkaan
  • Tuntutan pengangguran AS mingguan menurun
  • Laporan NFP jadi tumpuan

Greenback didagangkan tidak jauh dari paras tertinggi 1 bulan selepas mendapat sokongan daripada bacaan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang memberangsangkan.

Mencerap data yang dikeluarkan pada sesi New York, pekerjaan sektor swasta dilaporkan bertambah sebanyak 235,000 pada Disember, jauh melebihi jangkaan untuk meningkat 150,000.

Selain itu, catatan dalam laporan tuntutan pengangguran AS menunjukkan penurunan ke paras terendah 3 bulan pada minggu lepas walaupun bacaan sedikit tersasar dari jangkaan.

Ini secara tidak langsung meningkatkan harapan pelabur untuk melihat bacaan yang lebih kukuh dalam laporan pekerjaan NFP pada sesi New York hari ini.

Namun, jangkaan awal pasaran dilihat agak lemah dengan penurunan dalam pertambahan pekerjaan sebanyak 200,000 daripada 263,000 sebelumnya, tetapi kadar pengangguran kekal rendah pada 3.7%.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar melonjak 0.9% ke paras harga 105.27 selepas data diterbitkan. Ia kini didagangkan sekitar harga 105.13 pada sesi Asia.

Reaksi mata wang utama lain pula menyaksikan euro merosot ke paras terendah 3 minggu, manakala pound sterling tergelincir ke tahap terlemah lebih 1 bulan.

Sementara itu, mata wang berkaitan komoditi seperti dolar Aussie, New Zealand dan Kanada turut menyusut di tengah-tengah pengukuhan US dolar.

Seperti USD, pelabur dolar Kanada juga menantikan terbitan data pekerjaan Kanada pada malam ini yang dijangka akan menunjukkan pasaran buruh terus melemah pada Disember setelah beberapa siri kenaikan kadar faedah dilaksanakan bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat