Adakah Ini Petunjuk Buruk Untuk Laporan NFP?

594

Data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan pertumbuhan perlahan daripada yang dijangkakan menyebabkan dolar USD terus berada dalam tekanan selepas dikecewakan oleh data sektor pembuatan yang lemah.

Dagangan mata wang itu mengalami kerugian hampir menyentuh paras terendah dalam satu minggu berbanding yen dan euro di tengah tanda-tanda kelembapan pertumbuhan ekonomi AS dan pengukuhan pertikaian perdagangan.

Pertambahan dalam jumlah pekerjaan sektor swasta lebih rendah daripada yang diunjurkan dan sektor pembuatan yang lemah menunjukkan penurunan ketara dalam aktiviti pembuatan yang menyebabkan pasaran saham dan hasil bon jatuh, memberi petunjuk bahawa pertikaian perdagangan telah memberi impak yang besar kepada negara itu.

Berikutan daripada itu, dagangan yen dan emas meningkat susulan pelabur mula beralih ke dagangan yang lebih selamat sementara menunggu pengeluaran data yang seterusnya iaitu data NFP pada Jumaat sebelum membuat keputusan untuk memasuki pasaran.

Penyusutan dolar USD turut menjejaki data ekonomi di Eropah yang lemah dan tanda-tanda kelembapan ekonomi di China.

Kebimbangan ditambah lagi dengan keputusan WTO yang memberi kuasa kepada AS untuk mengenakan tarif 25% ke atas barangan Eropah yang bernilai $7.5 bilion setiap tahun sebagai tindak balas terhadap subsidi haram yang diserahkan kepada Airbus.

Mata wang pound mengukuh selepas mengalami turun naik berikutan usul yang dikemukakan oleh Boris Johnson berhubung zon pengawalan keselamatan di Ireland yang bermaksud Ireland akan kekal dalam pasaran tunggal EU tetapi tetap meninggalkan kesatuan kastam (customs union) gagal memikat pasaran dan ahli politik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat