Adakah Janet Yellen Akan Lebih Berterus Terang Dalam Ucapan Kali Ini?

26

Janet Yellen dijadualkan akan menyampaikan ucapan yang bertajuk “Penyelidikan Makroekonomi Selepas Krisis” di Boston, pada penghujung minggu ini.

Kemunculan Yellen ini amat dinantikan oleh pasaran mengenai pendirian terkini Fed terhadap prospek kenaikan kadar.

Pada hari Rabu lepas, minit mesyuarat dasar September menunjukkan semakin banyak ahli Fed menyokong untuk kenaikan sebelum penghujung tahun ini.

Dalam minit mesyuarat tersebut, beberapa ahli mengatakan bahawa masa sekarang adalah masa yang terbaik untuk meningkatkan sasaran kadar. Pun begitu, keputusan ini bergantung kepada kesesuaian perkembangan ekonomi AS.

Sebanyak 3 daripada 10 ahli yang layak mengundi telah menyokong bagi peningkatan daripada 0.25% kepada 0.50%, dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas.

Fed dijadualkan akan bersidang 2 kali lagi pada tahun ini iaitu pada 1-2 November dan 13-14 Disember.

Pun begitu, beberapa penganalisis menganggap bahawa kadar hanya akan dinaikkan selepas penghuni baru White House diketahui, jadi tidak mungkin kadar akan berubah pada mesyuarat November ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat