Adakah Kejatuhan Besar GBP/USD Satu Bentuk Reversal? Jom Kita Bincangkan

1,177

Matawang GBP juga mengalami nasib sama seperti matawang Euro pada Selasa malah mengalami kejatuhan yang lebih teruk lagi. Boleh dikatakan, GBP adalah matawang paling lemah pada Selasa setakat pada pembukaan sesi dagangan New York.

Bagi yang tertanya kenapa GBP jatuh? Sememangnya tidak ada NEWS yang dikeluarkan berkaitan dengan UK hari ini. Tiada news tentang Brexit, tiada news tentang data ekonomi, tiada ucapan oleh ahli Bank of England.

Pair GBP/USD jatuh sehingga 180 pip dari paras tertinggi Selasa dan kemudian terpantul 80 pip di mana setakat pada pukul 10 malam telah merekodkan kejatuhan 0.58%.

Antara sebab kejatuhan matawang GBP ini adalah bersangkut paut dengan faktor hujung bulan di mana biasanya tindakan pelabur-pelabur akan menyebabkan pasaran bergerak volatile. Ia bukan sahaja hujung bulan tetapi minggu ini juga adalah minggu terakhir untuk suku pertama tahun 2018 di mana aliran dana adalah lebih besar.

Perlu diingat setiap hujung bulan juga UK membuat pembayaran kepada Kesatuan Eropah yang menyebabkan aliran modal keluar daripada UK masuk ke Eropah sekaligus melemahkan GBP. UK membuat bayaran bulanan kepada bajet Eropah sekaligus mewujudkan permintaan terhadap Euro di mana GBP ditukarkan untuk membeli Euro. Hal ini telah menyebabkan GBP menjunam.

Namun, kita melihat kejatuhan matawang GBP hanyalah disebabkan oleh aliran modal hujung bulan dan bukannya disebabkan oleh faktor fundamental/sentimen. Oleh itu, sukar untuk kita katakan kejatuhan GBP ketika ini adalah reversal, kerana tiada sebab fundamental di situ walaupun kejatuhan GBP agak besar.

Bagaimanapun, kejatuhan GBP/USD sehingga 180 pip hari ini tidak berterusan dengan pair ini membuat lonjakan semula yang terpantul tinggi sebanyak 90 pip dari paras terendah hari ini. Ini menguatkan lagi bukti bahawa kejatuhan GBP hari ini bukanlah satu reversal.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat