Adakah Kenyataan dari Wheeler Menggugat Kekuatan Kiwi?

41

Kiwi mengukuh dalam sesi Asia pada Selasa walaupun kenyataan dari Gabenor Graeme Wheeler dikatakan memberi petunjuk terhadap penurunan kadar faedah pada masa akan datang.

NZD/USD melonjak 0.03% sementara itu AUD/USD meningkat 0.20%. dalam masa yang sama, matawang yen mencatat penurunan 0.02%.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit
USD/JPY, 15 minit
USD/JPY, 15 minit

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 94.52.

Disamping itu, pasaran sedang memberi tumpuan kepada ucapan dari Pengerusi Fed, Janet Yellen pada mesyuarat tahunan bank pusat. Mesyuarat yang bakal diadakan di Jackson Hole, Wyoming minggu ini bakal memberi petunjuk baru terhadap kenaikan kadar AS selanjutnya.

Semalam, Dollar memperoleh keuntungan berbanding matawang lain berikutan jangkaan kenaikan kadar sebelum akhir tahun terus memberi sokongan terhadap matawang itu.

Selain itu, matawang it uterus menguat berikutan kenyataan dari Naib Presiden Fed, Stanley Fischer berkata pada ahad, kenaikan kukuh pasaran buruh sekali gus membantu perkembangan ekonomi semasa AS.

Sebelum itu, US Dollar disebabkan minit mesyuarat Fed julai yang diadakan sebelum ini tidak menunjukkan hala tuju yang jelas mengenai kenaikan dasar Fed.

 

4 Faktor Yang Menjadikan Minyak Mengganas dan Kembali Memasuki Bull Market

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat