Adakah Laporan NFP Akan Bantu USD Bangkit Semula?

805

Dolar Amerika kembali positif pada permulaan dagangan sesi Asia setelah mengalami kejatuhan ketara berbanding matawang utama ketika tumpuan pasaran masih tertumpu kepada proses pengiraan undi pilihan raya AS.

Penurunan besar dalam hasil perbendaharaan jangka panjang disebabkan jangkaan perbelanjaan fiskal yang kurang, digabungkan dengan kenaikan ekuiti dan aset berisiko lain, telah meletakkan dolar greenback di bawah tekanan penjualan yang konsisten dan berkemungkinan akan berlanjutan.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan meningkat 0.2% pada 92.75 (setakat jam 9.30 pagi).

US dolar terus didagangkan rendah berbanding safe-haven yen setelah jatuh ke paras terendah 8 bulan pada sesi New York.

Dalam pada itu, Federal Reserve mengekalkan kadar tidak berubah pada julat sasaran 0-0.25% seperti dijangkakan oleh pasaran.

Biden masih mempertahankan kelebihannya dengan 264 undi di depan Donald Trump, 214 undi. Tumpuan pasaran masih tertumpu kepada proses pengiraan undi di beberapa negeri utama (swing state).

Presiden Donald Trump dalam tekanan selepas dua tuntutan undang-undangnya telah ditolak oleh mahkamah Georgia dan Michigan, tetapi beliau masih tidak berputus asa dengan terus mendakwa terdapat kesalahan di beberapa kawasan dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pasaran kini menjangkakan bahawa Joe Biden akan menjadi presiden berikutnya, tetapi dengan Republikan yang akan mengekalkan penguasaan Senat, ia pasti akan menyukarkan Demokrat untuk melepasi perbelanjaan fiskal yang lebih besar seperti diinginkan sebelum ini.

Penerbitan laporan pekerjaan NFP pada malam ini akan menjadi tumpuan utama pasaran setelah menyaksikan sedikit penurunan dalam jumlah tuntutan pengangguran AS pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat