Adakah Laporan Pekerjaan Amerika Syarikat Akan Mempengaruhi Perubahan Kadar Faedah? – Penganalisis Beri Pandangan!

319

Berdasarkan analisis, laporan pekerjaan bagi bulan Julai yang dikeluarkan pada hari ini telah mengurangkan keyakinan pasaran bahawa the Fed memerlukan potongan kadar faedah pada bulan September. Ditambah pula dengan ketegangan perdagangan yang akan menjadi faktor utama bank pusat dalam menetapkan sesuatu keputusan.

Laporan hari ini menunjukkan kadar pengganguran kekal stabil pada paras rendah 50 tahun lalu, pertambahan peluang pekerjaan sejajar dengan sasaran dan inflasi upah bertumbuh melebihi daripada jangkaan.

Menurut penganalisis ekonomi Viraj Patel, data ini secara keseluruhan menunjukkan pasaran buruh semakin mengetat. Walaubagaimanapun, tumpuan utama ialah purata pendapatan perjam yang mencatat pertumbuhan 0.3% per bulan.

Jika sebelum ini, bacaan seperti ini membawa indikasi peningkatan kadar faedah namun bukan pada ketika ini. Lanjut Patel, beliau menjangkakan the Fed akan mengekalkan kadar faedah pada kadar terkini.

Disisi lain pula, laporan pekerjaan yang dikeluarkan kelihatan tidak sepenuhnya membawa perubahan dalam pasaran. Indeks US dolar menyusut berbanding matawang utama.

Berdasarkan kenyataan Powell, ketidakpastian pasaran masih berkisar pada ketegangan perdagangan dan kekhuatiran terhadap pertumbuhan ekonomi global yang mempengaruhi unjuran ekonomi AS..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat