Adakah Lonjakan EUR/USD Akan Bersambung Pada Minggu Ini?

348

Pasaran nampaknya telah pun menerima kejutan daripada penerbitan data inflasi tahunan Amerika Syarikat (AS) mencatat bacaan yang memberangsangkan yang mana ia merupakan rekod yang tertinggi sejak 1982 walaupun bacaan inflasi bulanan pada November sedikit menurun.

Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung (profit taking) di hujung minggu sama sekali merencatkan matawang USD untuk kukuh serta pelabur turut dijangka sedang waspada terhadap mesyuarat FOMC.

Penantian yang jelas untuk Federal Reserve (Fed) melengkapkan rencana dalam mengetatkan dasar polisi lebih awal bakal dinantikan kepada mesyuarat FOMC yang akan berlangsung pada pagi Khamis.

Tampaknya harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mendaki semula di dagangan penghujung minggu lalu (Jumaat) untuk sekali lagi kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1.13000.

Pendakian itu juga dilihat mula memberi reaksi ketika awal sesi New York Jumaat di kala terbitan data inflasi AS dalam menghasilkan lonjakan sekitar 60 pips untuk kembali menutup dagangan lebih tinggi.

Namun pergerakan harga nampaknya tidak dapat melonjak lebih garang menembusi zon SBR 1.13000 untuk menurun semula sehingga bersambung ke pembukaan dagangan awal sesi Asia hari ini (Isnin).

Pelabur berkemungkinan akan melihat reaksi harga pada zon SBR itu sebelum jangkaan untuk kembali menurun dan dijangka bakal menguji trendline resistance serta zon sokongan 1.12000 terlebih dahulu.

Yakni penurunan yang lebih rendah pula akan mendorong pergerakan harga menjejaki paras terendah sejak Julai 2020 sebelum kebarangkalian yang besar untuk harga mencipta paras terendah baharu lagi.

Akan tetapi jikalau harga kembali mencatatkan lonjakan dalam membuat pembetulan harga, pelabur dijangka akan menyaksikan reaksi harga mengatasi zon SBR 1.13000 untuk mencapai zon SBR 1.14000.

Lonjakan seterusnya akan menantikan pergerakan harga menuju zon SBR 1.15000 semula yang mana zon berkenaan juga pernah menjadi zon sokongan terkuat pada Oktober dan November baru-baru ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat