Adakah Matawang GBP Akan Terus Tertekan Pada Minggu Ini?

1,152

Matawang Yen dilihat mengukuh berbanding Yen selepas beberapa siri komen yang dikeluarkan terhadap Brexit. Pasaran dilihat masih melihat pasangan matawang GBP/JPY berpotensi meneruskan penurunan dalam beberapa hari mendatang.

Walaupun masih terlalu awal untuk mengatakan pasangan matawang ini melemah, namun terdapat beberapa risiko pada minggu ini terhadap Brexit dan juga pasaran secara keseluruhan.

GBP/JPY membuat gap ke bawah (gap-down) pada permulaan dagangan Isnin disebabkan ketidaktentuan Brexit.

Berita yang mengatakan rundingan UK-EU terbantut disebabkan isu sempadan Ireland pada minggu lalu agak mengejutkan pasaran walaupun sebelum itu beberapa berita positif kedengaran dari mulut pihak EU sendiri khususnya Barnier.

Bagi matawang Yen, tumpuan pasaran pada minggu ini adalah kepada keadaan sentimen pasaran dan tidak lupa juga kepada data ekonomi utama. Jepun akan mengeluarkan data inflasi pada Jumaat di mana CPI dijangka merekodkan kenaikan 1.0% pada September, naik daripada 0.9% sebelum ini.

Peningkatan lebih dari jangkaan akan menyebabkan kenaikan Yen kerana dapat mempengaruhi keputusan dasar monetari Bank of Japan (BoJ).

Bagi matawang GBP, berita tentang Brexit akan terus menjadi pusat perhatian matawang ini. Menteri Brexit Dominic Raab dalam rundingan bersama ketua perunding Brexit EU, Michael Barnier sejak Isnin untuk mempersetujui cadangan sebelum berlangsungnya perhimpunan pemimpin-pemimpin EU pada 17-18 Oktober.

Hasil daripada perhimpunan tersebut akan menjadi faktor utama yang akan memandu pergerakan matawang GBP dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat