Adakah Momentum Lonjakan 200 Pips GBP/USD Minggu Lalu Mampu Dikekalkan?

668

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada Jumaat telah menamatkan dagangan minggu lalu dengan lonjakan harga sehingga hampir mencecah 200 pips kenaikan selepas laporan data pekerjaan NFP dikeluarkan.

Lonjakan harga tersebut didorong oleh kelemahan pada dagangan USD susulan laporan pekerjaan NFP dikeluarkan disamping disokong oleh pengukuhan dagangan GBP dalam pasaran semasa.

Perkembangan semasa rundingan Brexit dilaporkan positif berikutan pemimpin parti pembangkang Britain menggesa Parlimen untuk menyelesaikan kebuntuan Brexit yang dihadapi selama ini dan mencapai persetujuan terhadap pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Penganalisis melihat faktor optimis dengan rundingan antara parti untuk menyelesaikan masalah tersebut mendorong peningkatan terhadap dagangan Sterling.

Jika diperhatikan dagangan GBP/USD pada Jumaat lalu, harga yang menguji paras RBS (resistance become support) pada 1.3000 kemudiannya telah melonjak hampir 200 pips ke paras ketinggian yang baru sekitar 1.31760 sebelum menutup harga di paras sekitarnya.

Namun pada sesi pasaran Asia permulaan minggu ini, harga kembali menurun semula membuat pembetulan harga (correction) ke paras Magic Pivot 1.3112 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Reaksi harga pada paras Magic Pivot yang juga berada pada zon RBS itu akan memberikan isyarat kecenderungan harga bagi pergerakan harga pada GBP/USD hari ini.

Jika harga turun lebih rendah melepasi Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan menguji paras tumpuan pada 1.30700 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah untuk kembali menguji zon RBS 1.3000 sebelum ini.

Namun jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan kembali membuat kenaikan dan cuba mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada lonjakan Jumaat lalu.

Kenaikan seterusnya dilihat akan cuba menuju ke paras resistance 1.3236 (MagicR1) atau lebih tinggi ke paras resistance 1.3301 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk terus merekodkan paras ketinggian terbaru pada chart GBP/USD.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang turut digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3047, 1.2922, 1.2857.

Paras resistance: 1.3236, 1.3301, 1.3425.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat