Adakah Pasaran Masih Optimis Dengan Data NFP Minggu Lepas?

310

US dolar telah mula merosot ke paras terendah satu minggu berbanding sekumpulan mata wang pada hari Isnin ketika saham terus mencatat lonjakan. Pemain pasaran sedang menunggu satu dorongan yang mengubah arus pasaran.

US dolar baru-baru ini telah melonjak naik seiring dengan peningkatan hasil Perbendaharaan A.S. kerana para pelabur bertaruh pada pertumbuhan ekonomi A.S. yang lebih cepat dan inflasi yang lebih tinggi ketika ekonomi dibuka semula setelah penutupan perniagaan yang berkaitan dengan COVID-19.

Kebiasaanya matawang greenback bergerak seiring dengan pergerakan saham. Justeru, para pelabur sedang meneliti apakah korelasi bertentangan ini akan berterusan atau tidak. Justeru segala laporan ekonomi akan mennjadi ukuran.

US dolar susut jatuh pada hari Isnin ketika saham menguat. Ia terakhir turun 0.45% berbanding sekumpulan mata wang utama pada 92.632.

Greenback telah menguat pada hari Jumaat setelah data menunjukkan bahawa ekonomi AS mencipta pekerjaan paling banyak dalam tujuh bulan pada bulan Mac dan program vaksinansi yang lebih meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat