Adakah Pelonjakan AS Dolar Merupakan Perubahan Trend Kepada Matawang Tersebut

414

Matawang Dolar hari ini didagangkan kukuh berbanding Yen setelah disokong oleh data pekerjaan Amerika Syarikat dan data perkilangan yang keluar lebih tinggi daripada jangkaan. Walaupun begitu, kenaikan ini dijangka bergerak sementara ekoran pelabur masih berhati-hati mengenai dasar bank pusat Federal Reserve dan kecairan yang rendah dalam pasaran pada minggu ini.

Data pekerjaan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat pada Jumaat lepas menunjukkan bahawa ekonomi AS menambahkan sebanyak 304,000 pekerjaan pada bulan Januari, tertinggi dalam tempoh 11 bulan sekaligus mengatasi 165,000 ramalan pasaran. Laporan ini juga memberitahu kita bahawa penutupan sebahagian kerajaan AS hanya memberi kesan yang terhad dalam sektor pekerjaan ini.

Walaupun data pekerjaan meningkat, USD masih dianggap terjejas dengan pertumbuhan pendapatan yang dicatatkan perlahan daripada 0.4% kepada 0.1%. Hal ini akan menyebabkan salah satu data tumpuan FED iaitu kadar inflasi akan mendapat impak yang negatif. Tambahan lagi, kadar pengangguran juga meningkat kepada 4.0% daripada 3.9% menunjukkan masih ramai lagi jumlah rakyat yang mencari pekerjaan.

Matawang Pound Sterling antara matawang yang menunjukkan prestasi yang paling buruk pada minggu lepas berbanding matawang utama yang lain. Hal ini terjadi selepas sektor perkilangan Britain menambah derita apabila menguncup daripada 54.2 kepada 52.8 dan tiada perkembangan yang baru dalam kes Brexit. Bank of England dijadualkan akan menetapkan dasar monetari mereka pada Khamis ini dan dijangka mengekalkan kadar faedahnya dengan nada yang berhati-hati susulan isu Brexit.

Beralih kepada Euro pula, matawang tersebut juga didagangkan merosot sama seperti GBP apabila terdapat kejatuhan dalam ekonomi Jerman di mana inflasi menurun, jualan runcit merosot ke paras terendah 11 tahun dan keyakinan pengguna menyusut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat