Adakah Pengukuhan Sterling Mampu Catatkan Paras Ketinggian Terbaru Pada GBP/JPY?

623

Pound Sterling pada dagangan semalam berjaya mendapatkan tempat yang selesa dalam pasaran setelah sentimen Brexit masih memberikan faktor yang positif. Laporan perkembangan terbaru Brexit, Perdana Menteri Britain Theresa May mempertimbangkan cadangan untuk menangguhkan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah yang dijadualkan pada 29 Mac nanti.

Dalam laporan tersebut, PM May memberikan cadangan penangguhan Brexit untuk mengelakkan situasi UK keluar dari Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian pada bulan hadapan. Beliau juga dijangka akan membenarkan ahli kabinet bermesyuarat untuk perbincangan berkenaan penangguhan tersebut pada hari ini.

Sementara Sterling berjaya mengukuh, sebaliknya yang berlaku pada matawang safe-haven Yen. Yen terus terkesan ekoran daripada perkembangan positif rundingan dagang AS-China.

Selain itu juga, Gabenor Bank of Japan (BoJ), Kuroda dalam kenyataannya di sidang parlimen Jepun membicarakan tentang isu ekonomi di China. Pertumbuhan ekonomi di China dilihat semakin bergerak perlahan dan akan turut memberi kesan terhadap sektor eksport di Jepun.

Bebanan terus dirasai apabila berkemungkinan bakal ada kenaikan pada cukai jualan untuk tahun ini di Jepun. Bank pusat akan memantau kesan kenaikan cukai jualan tersebut terhadap ekonomi yang turut dipengaruhi daripada perubahan sentimen pengguna, pekerjaan dan keadaan pendapatan semasa.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga telah breakout zon resistance 145.00 dan terus bergerak ke paras lebih tinggi pada dagangan New York semalam.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini pula melihatkan harga cuba menguji paras resistance pada 145.800 namun masih gagal untuk melepasinya sebelum menunjukkan penurunan dengan pergerakan yang perlahan pada lewat dagangan sesi Asia.

Lihat gambar chart GBP/JPY di  bawah untuk membantu memberi anda sedikit idea untuk peluang posisi dagangan dengan kawalan risiko yang bersesuaian.

Lihat juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang turut menjadi tumpuan harga pada chart GBP/JPY ini.

Paras support: 144.573, 143.724, 143.180.

Paras resistance: 145.966, 146.510, 147.359.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat