Adakah Pengukuhan US Dolar Baik Untuk Ekonomi Amerika Syarikat? – Ini Pandangan Steven Mnuchin!

597

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin memberi pandangan bahawa dolar yang kukuh adalah baik untuk ekonomi Amerika Syarikat dalam jangka masa panjang dan beliau tidak menganjurkan dasar matawang dolar yang lemah dalam masa terdekat.

Menurut Mnuchin, beliau percaya dolar yang kukuh menandakan ekonomi A.S yang mampan dan pasaran saham yang kukuh.

Pentadbiran Trump kini kurang menyokong terhadap polisi US dolar yang kukuh sepertimana sebelum ini. Mereka lebih cenderung terhadap petukaran kadar yang lebih stabil pada ketika ini kerana perang dagan antara China dan ancaman tarif oleh negara lain.

Menurut maklumat dalaman, pada ketika ini, orientasi Presiden Donald Trump adalah bukan pada US dolar yang lemah namun kadar faedah yang rendah. Dimana Trump percaya bahawa ia akan menjana pertumbuhan ekonomi.

Trump sejak akhir-akhir ini telah berkali-kali mengkritik Federal Reserve kerana tidak menurunkan kadar faedah dan dalam masa yang sama beliau juga menyerang bank pusat negara lain kerana melemahkan matawang dengan mengurangkan kadar faedah.

Minggu lalu, Mnuchin berkata semasa wawancara di Chantilly, Perancis bahawa belum ada perubahan dalam polisi matawang US dolar setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat