Adakah Pergerakan Mendatar Harga Pada EUR/USD Bakal Beri Kejutan?

532

Matawang Euro dijangka bakal didagangkan berisiko sehingga dagangan minggu ini berakhir selepas keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah yang berlangsung pada jam 7.45 petang semalam.

European Central Bank (ECB) seperti yang dijangkakan pasaran telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.00% seperti sebelum ini. Sejurus selepas keputusan penetapan kadar faedah tersebut, Euro menunjukkan kejatuhan berbanding matawang utama yang lain dengan penurunan sekitar 60 pips dicatatkan pada pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD.

Namun, harga pada EUR/USD kembali membuat kenaikan semula susulan kelemahan pada nilai dagangan USD selepas data inflasi di Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang bercampur-campur.

Seterusnya, pada awal pagi ini pula, tumpuan pelabur terarah kepada minit mesyuarat FOMC pada bulan Mac untuk mendapatkan isyarat bagi langkah kenaikan kadar yang seterusnya. Berkemungkinan Fed tidak akan menaikkan kadar faedah untuk tahun 2019 dan bakal menghalang pengukuhan USD dalam pasaran semasa.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada EUR/USD, harga menunjukkan corak pergerakan menaik dari paras sekitar 1.11820 sehingga ke paras resistance 1.12800 yang diuji semalam.

Namun, sejurus selepas penetapan kadar faedah oleh mesyuarat bank pusat Eropah telah membuatkan harga menjunam sehingga menguji paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga kembali membuat kenaikan semula susulan data inflasi Amerika Syarikat yang bercampur-campur.

Pergerakan harga pada EUR/USD hari ini pula dilihat mendatar di atas paras tumpuan 1.12700 sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga boleh mencecah sehingga ke zon SBR (support become resistance) pada 1.13000 sebelum meneruskan kenaikan ke paras sekitar resistance 1.1355 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, harga dilihat akan cuba melepasi paras support pada 1.1237 (MagicS1) dan penurunan boleh mencecah sehingga ke paras 1.1178 (MagicS3) untuk harga menguji zon support tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1237, 1.1203, 1.1178.

Paras resistance: 1.1296, 1.1321, 1.1355.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat