Adakah Perjanjian Brexit Akan Diteruskan? – Ini Ulasan Merkel!

337

Pada hari semalam telah terdapat laporan bahawa perunding perdagangan Kesatuan Eropah (EU) dan UK gagal merapatkan jurang perbezaan dalam rundingan berhubung isu bantuan negara.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa walaupun EU dan UK bersetuju untuk mencapai perjanjian pada waktunya, persetujuan akhir dari pihak EU akan bergantung pada pembatalan rang undang-undangan pasaran dalaman, yang mana ia tidak mungkin terjadi memandangkan ia telah diluluskan oleh parlimen UK.

Dalam masa yang sama, EU juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap UK kerana gagal untuk memberi kerjasama seabagaimana yang dipinta sebelum 30 September.

Perkembangan terkini menyebabkan pasaran semakin hilang harapan dan tertanya-tanya adakah rundingan Brexit antara EU dan UK akan diteruskan dengan kontroversi dan konflik yang berlaku? Pada hari ini Canselor Jerman Angela Merkel telah tampil untuk memberi ulasan mengenai isu ini.

Menurut beliau, terdapat tanda-tanda bahawa rundingan perjanjian Brexit akan diteruskan walaupun sukar namun masih ada ruang untuk kesepakatan dicapai. Kata beliau, selagi rundingan mengenai Brexit masih berlangsung maka beliau masih optimis. Walaubagaimana dalam kenyataan tersebut, Merkel telah memberi sebuah indikasi dengan menyatakan bahawa bahawa rundingan Brexit akan lebih banyak bergantung pada tuntutan UK dari perjanjian.

Matawang pound sterling mengukuh sebanyak 0.30% berbanding US dolar pada paras 1.2927 setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat