Adakah Reaksi China Terhadap Pengumuman US Boleh Mencetuskan Perang Perdagangan?

755

Media kerajaan China mengkritik pengumuman US yang mengatakan bahawa mereka akan meneruskan sekatan ke atas pelaburan syarikat China. China mengatakan pada hari Rabu, bahawa Beijing sudah bersiap sedia untuk melawan balik jika Washington mengharapkan perang perdagangan.

US pada hari Selasa, mengatakan bahawa mereka masih mengekalkan ancaman pengenaan tarif ke atas barangan import dari China sebanyak $50 billion dan akan menggunakannya kecuali Beijing menangani isu pencurian harta intelek.

Menteri perdagangan China, memeberi respon keras dan terkejut denga perkara tersebut, kerana hal ini bertentangan dengan kesepakatan yang dicapai baru-baru ini.

Agensi media kerajaan melaporkan bahawa China mengharapkan US tidak bertindak melulu namun dalam masa yang China menegaskan bahawa mereka bersedia untuk mempertahankan kepentingan mereka.

China akan meneruskan rundingan yang bersifat pragmatik dengan US dan mengharapkan US bertindak seperti yang disepakati.

Menurut laporan akhbar tersebut, klaim US yang mengatakan China telah memaksa syarikat luar negara memindahkan teknologi ke perniagaan China adalah tidak berasas dan menggunakan ia sebagai alasan perlindungan perdagangan mereka.

Akhbar China Daily tersebut turut mengatakan bahawa pemindahan teknologi antara syarikat US dan rakan kerjasama China adalah hasil amalan bisnes yang biasa, bukan dasar paksaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat