Adakah Ronald Lauder Akan Terus Menyokong Trump?

304

Presiden Donald Trump telah mengenali jutawan Ronald Lauder hampir 50 tahun. Namun, walaupun presiden tersebut sedang giat berkempen untuk pilihan raya presiden, pewaris Estée Lauder Companies bagaikan berdiam diri. Persoalannya, adakah beliau akan membantu Trump dalam usaha pemilihan semula tahun ini?

Lauder, yang memiliki kekayaan tidak melebihi $ 5 bilion itu didakwa belum memberikan wang untuk membantu Trump sejak musim panas lalu. Sebelum ini, beliau telah menyumbangkan $ 200,000 kepada jawatankuasa pengurusan dana bersama Trump Victory pada bulan Ogos 2019.

Sejak itu, Lauder tidak mencatatkan sebarangan sumbangan untuk kempen presiden, jawatankuasa pengurusan dana bersama, Jawatankuasa Nasional Republik atau pro-Trump super PAC America First Action.

Untuk pengetahuan semua, penderma tunggal dibenarkan memberikan hampir $ 600,000 kepada Trump Victory.

Pengutip dana dan rakan presiden masih belum mendengar apa-apa kenyataan daripada Lauder sama ada beliau merancang untuk memberikan sumbangan yang lebih besar untuk pemilihan semula Trump atau tidak.

Menurut Eric Soufer, jurucakap Lauder, mendedahkan bahawa pengusaha itu kini fokus untuk membantu sekolah-sekolah di Eropah yang terkesan akibat penularan wabak coronavirus.

Walau bagaimanapun, perwakilan untuk kempen Trump dan RNC tidak mahu memberikan apa-apa maklum balas berkenaan isu dana tersebut.

Meskipun Lauder bukanlah penyumbang terbesar kepada presiden Amerika Syarikat itu tetapi beliau merupakan salah seorang penyokong dan rakan baik Trump. Pada tahun 2018, beliau telah mengeluarkan pernyataan yang memuji wawasan dan kecerdasan luar biasa Trump. Pada tahun 2017, ketika Trump berucap di hadapan Kongres Yahudi Dunia, sebuah organisasi yang dipimpin oleh Lauder, presiden itu menggelarkannya sebagai seorang kawan.

Namun begitu, hubungan Lauder dengan Trump telah mendapat tentangan dari pekerja Estée Lauder. Baru-baru ini, lebih daripada 100 pekerja menghantar sepucuk surat kepada ketua syarikat, William Lauder, yang meminta agar Ronald Lauder dikeluarkan dari syarikat berkenaan. Surat itu diterima semasa tunjuk perasaan di seluruh negara terhadap George Floyd, seorang lelaki kulit hitam tanpa senjata yang dibunuh oleh pegawai polis Minneapolis.

Hal ini demikian kerana pentadbiran Trump didakwa bersifat anti perkauman dan Lauder yang merupakan penyokongnya perlu ditentang.

Persoalannya, adakah jutawan itu akan terus menyokong dan menyumbangkan dana untuk kempen Trump?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat