Adakah Rundingan EU Dan UK Akan Dapat Dicapai? Ini Pandangan Michel Barnier!

473

Pada hari ini, ketua penasihat perunding perdagangan EU, Michel Barnier memberikan pandangan jika Kesatuan Eropah dan UK ingin mencapai kesepakatan dan mengelak daripada hubungan perdagangan ini musnah maka rundingan kedua-dua belah ini harus dipercepatkan pada musim panas.

Segelintir ahli seperti Stefaan de Rynck yang merupakan penasihat Barnier berpendapat bahawa terdapat peluang yang tipis rundingan pada minggu hadapan akan berjaya. Walaubagaimanapun, beliau mengharapkan rundingan pusingan keempat itu ada kemajuan dan kedua-dua pihak harus berunding sepanjang musim panas ini agar perjanjian ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

United Kingdom secara rasmi telah meninggalkan EU pada 31 Januari lepas namun syarat utama keanggotaannya masih tetap berlaku dalam tempoh peralihan sehingga akhir tahun ini. Justeru waktu ini adalah masa untuk merundingkan perjanjian perdagangan bebas yang baru dengan blok itu.

Setakat ini kedua-dua belah pihak mengatakan bahawa kemajuan yang dicapai masih sedikit dan masih banyak isu perdagangan yang belum mencapai kata putus.

Tambah De Rynck, dalam masa yang sama EU tambah tertekan dengan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh UK yang mengatakan bahawa perjanjian yang ditawarkan oleh EU adalah berat sebelah. Walaubagaimanapun, EU akan tetap terbuka jika rundingan ini ingin diperpanjangkan dan kedua-dua mesti menggunakan segala usaha untuk menjayakannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat