Adakah Sasaran Inflasi Akan Dapat dicapai Sebelum Kuroda Meninggalkan Kerusi Gabenor BoJ?

41

Bank of Japan dijangka akan mengekalkan langkah rangsangan sedia ada pada minggu depan walaupun inflasi tidak mencapai sasaran.

9 anggota lembaga BoJ juga akan membahaskan beberapa butiran langkah rangsangan yang diadaptasi sejak sebulan yang lalu.

Menurut Reuters, dalam penilaian suku tahunan, bank pusat tersebut dijangka akan mengurangkan unjuran inflasi berikutan kejatuhan tahap penggunaan dan kos import disebabkan pengukuhan yen.

Kajian ini juga dijangka akan menambah lagi jangka masa untuk Jepun mencapai sasaran inflasi, sedangkan jangka masa 5 tahun Kuroda memegang tampuk pimpinan BoJ akan berakhir pada penghujung April 2018.

Buat masa sekarang, BoJ meletakkan sasaran inflasi pada tahap 2% bagi tempoh berakhir Mac 2018.

Goldman Sach : Pound Sterling Berpotensi Jatuh 10% Lagi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat