Adakah Sentimen Semasa Memberi Isyarat Sterling dan Euro Bakal Lemah?

556

Matawang dolar USD pada dagangan Selasa stabil selepas arah pergerakan yang kurang jelas semalam berikutan pasaran di Amerika Syarikat bercuti sempena Hari Presiden. Matawang paling tinggi kecairan tersebut gagal untuk mengukuhkan dagangannya sebelum ini berikutan sentimen positif pelabur terhadap perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China di Beijing minggu lalu. Rundingan bakal bersambung pada minggu ini pula di Washington.

EURO pula menunjukkan sedikit lonjakan harga dan tumpuan akan beralih pula pada mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat pada minggu ini. Kenaikan matawang EURO pada dagangan semalam turut didorong oleh kelemahan matawang USD dalam pasaran dan pelabur percaya dagangan EURO akan masih terus berisiko berikutan ekonomi pada zon Eropah mengalami kemerosotan terbesar dalam tempoh separuh dekad.

Perkembangan pada rundingan dagang yang dilihat positif turut memberi kelebihan terhadap matawang komoditi khususnya dolar NZD dan AUD.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, tumpuan terarah kepada minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 8.30 pagi tadi. Bank pusat masih tidak melihat kepastian yang jelas terhadap unjuran ekonomi di Australia. Antara faktor yang dibincangkan adalah risiko pertumbuhan ekonomi, isyarat pertumbuhan ekonomi di China yang semakin perlahan dan juga isu perang dagang.

Dagangan Pound Sterling pada sesi Asia pagi ini mula menunjukkan tanda-tanda penurunan selepas berjaya membuat kenaikan semalam. GBP mengukuh pada dagangan Isnin sementara pelabur masih menantikan keputusan rundingan Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah.

Beberapa ahli politik dalam Parti Buruh yang telah meletak jawatan semalam sebagai tanda protes ke atas kepimpinan Jeremy Corbyn akan menambahkan lagi tekanan terhadap Pound atas faktor ketidaktentuan politik di Britain.

Sementara itu pula, Perdana Menteri Theresa May sedang berusaha untuk meyakinkan para pemimpin Kesatuan Eropah untuk menyelamatkan perjanjian Brexit setelah beliau menerima tentangan daripada menteri kabinet yang mahu menghalang UK meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat