Adakah Sinar Harapan Untuk Emas Meroket Semula?

314

Emas bertahan pada lantunan harga yang dicatatkan di sebalik keuntungan US dolar yang mereda pada awal minggu.

Sesi Asia memperlihatkan logam berharga itu sedikit meningkat pada sekitar harga $1,795 per auns, bangkit dari paras terendah yang dicatatkan minggu lalu pada $1,774 per auns.

Harga emas mencatatkan kerugian mingguan terbesar daripada keputusan Federal Reserve (Fed) minggu lalu yang menawarkan kenyataan hawkish.

Bagaimanapun, bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat bagi bulan Disember yang lemah membantu logam kuning itu menamatkan dagangan minggu lalu dengan positif.

Walaupun kenaikan kadar adalah lebih kecil daripada langkah sebelumnya, namun kesediaan pembuat dasar untuk mempertahankan kadar yang tinggi untuk masa lebih lama telah membantutkan dagangan emas.

Dalam kenyataan berasingan, penggubal dasar Fed, John Williams berkata terdapat kemungkinan Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) untuk meningkatkan kadar lebih tinggi melebihi kadar terminal.

Pandangan ini menambah kesuraman buat harga emas daripada kembali bangkit ke paras tertinggi yang dicapainya minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat