Adakah Tekanan Inflasi Bakal Mengubah Pendirian BOE?

329

Bank Pusat England (BOE) akan mengumumkan keputusan terbarunya terhadap dasar monetari pada malam ini.

Bagaimanapun, tiada unjuran ekonomi yang baru akan dikeluarkan, sebaliknya ia dijangka dikeluarkan pada bulan Ogos. Gabenor BOE Andrew Bailey juga tidak akan berucap susulan pengumuman dasar.

Pasaran kini menjangkakan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan mengekalkan kadar faedah dan program pembelian bon semasa tidak berubah.

Pada mesyuarat polisi bulan Mei, BOE telah mengumumkan untuk mengurangkan kadar pembelian aset mingguannya dari £4.4 bilion kepada £3.4 bilion. Susulan itu, pasaran kini tidak mengharapkan BOE akan mengurangkannya lebih lanjut.

Pasaran akan memberhatikan kepada bagaimana MPC akan bertindak balas terhadap kenaikan kadar inflasi UK yang telah melonjak melebihi sasaran 2% bank pusat pada bulan Mei.

Pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi di England telah mendorong lonjakan Indeks harga pengguna untuk meningkat sehingga 2.1% tahun ke tahun pada bulan lalu.

Sekiranya pernyataan BOE pada malam ini menunjukkan kemungkinan untuk apa-apa tindakan terhadap kenaikan ini, matawang pound berpotensi untuk menguat.

Namun begitu, disebabkan beberapa langkah sekatan di UK masih terpaksa dilaksanakan sehingga 19 Julai disebabkan ancaman varian Delta, BOE mungkin akan lebih berhati-hati dalam pernyataannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat