Adakah The Fed Sebagai Sebuah Institusi Yang Bebas? – Ini Hasil Kajian Yang Dikeluarkan Oleh Reuters!

411

Sejak akhir-akhir ini Presiden Donald Trump telah memuatkan rantaian komen di halaman Twitter beliau dalam mengkritik the Fed. Walaubagaimanapun kritikan beliau kelihatannya tidak diendahkan oleh kedua-dua belah pihak ( Republik dan Demokrat). Berdasarkan kajian undian yang dijalankan Reuters, kedua-dua parti tersebut melihat bank pusat sebagai posisi yang neutral dalam membuat keputusan.

Dengan bilangan pengikut seramai 65 juta, dalam masa 1 tahun ini Trump telah menyalahkan the Fed dan terkadang melancarkan serangan peribadi.

Dalam soal selidik yang dijalankan, 44% mengatakan bahawa Trump bertanggungjawab terhadap keadaan ekonomi Amerika Syarikat pada ketika ini berbanding 17% yang mengatakan beban tanggungjawab harus dipikul oleh the Fed.

Kajian yang merangkumi 4,174 bilangan responden menunjukkan 9% merasakan bahawa the Fed secara sengaja membuat keputusan sebagai pembangkangan terhadap polisi Trump, manakala 14% mengatakan bahawa the Fed ingin membantu Trump.

Walaubagaimanapun 55% berpendapat bahawa penentuan kadar faedah harus ditentukan oleh badan pakar yang bebas. 23% pula berpendapat bahawa ia harus diuruskan oleh ahli-ahli yang dipilih.

Keputusan kajian selidik ini adalah tanda kepada bank pusat bahawa komentar negatif daripada Trump tidak mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap bank pusat dalam menentukan kadar faedah.

Menurut bekas ahli the Fed Nathan Sheets, hasil keputusan yang dikeluarkan ini merupakan suatu hasil yang baik untuk the Fed dan mengesahkan bahawa orang ramai memiliki persepsi bahawa the fed adalh sebuah badan yang bebas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat